Aku merasa ketenangan yang tak pernah dirasai.
Aku merasa dekat dengan Mu..
Air mata ini..
Terlalu murah bila mengenang dosa dosa lalu
Rasa jahil diri ini pada waktu dahulu
Pernah rasa berdosa
Tapi langsung tak pernah berfikir untuk berubah
Alasan " Belum masanya "
Bila di sini...
Aku merasa Allah itu dekat
Terlalu hampir dengan aku
Rasa selalu berada dalam dakapan kasih sayangnya
Ya Allah ,
Sesungguhnya aku yang hina
Meraih kasihMu ya Rabb
Pada mula pasti sukar
Tapi kerana Nawaitu kerana Allah
Allah pasti akan permudahkan urusannya
Sesungguhnya Allah yang menjaga hati
Dan DIA juga pemilik hati ini
Jika dia berkehendak mengubah hati ini
Dalam sesaat juga boleh berubah
Semoga perubahan ini kekal
Sesungguhnya aku sentiasa mahu kasihMu ya Rabb
Amin.